Apakah jenis pakej umrah yang ditawarkan?
  • Umrah premium secara berkumpulan
  • Umrah DIY
  • Umrah VIP
Apa yang ada dalam pakej Umrah saya?
  • Tiket penerbangan
  • Cukai lapangan terbang dan termasuk surcaj bahan api
  • 5 malam di Madinah&Mekah (12H10M) kecuali umrah DIY secara mengikut pilihan tersendiri
  • Visa pelancong @ umrah
  • Penginapan, makanan dan minuman
  • Bas untuk lawatan dan perjalanan
  • 3 kali Umrah bersama Mutawwif
  • Insurans visa
  • kad perubatan (tambahan)
  • Beg bagasi UGO, beg sandang, bag kasut, dan buku panduan umrah
Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan visa?

Jemaah umrah UGO perlu menyediakan:

  1. Pasport yang sah selama 6 bulan atau lebih dari tarikh berlepas dengan 6 muka surat kosong.
  2. 4 keping gambar 4x6cm dengan latar belakang putih dan saiz muka 80%.
  3. Bukti vaksin (pilihan).
  4. Salinan sijil suntikan vaksin Covid-19 (pilihan).

*Bukan warganegara Malaysia, sila rujuk pegawai UGO untuk dokumen tambahan.

Apakah jenis vaksin yang diperlukan untuk umrah?
  • vaksin meningococal @ vaksin umrah (pilihan)

*Pengambilan vaksinasi adalah tidak wajib
dan ia bergantung kepada para jemaah
untuk mengambil suntikan tersebut.

Bilakah kursus umrah akan diadakan?

Kursus akan diadakan 30hari sebelum tarikh berlepas dan semua jemaah akan sentiasa dikemas kini dari masa ke semasa.

Berapakah jumlah deposit dan bila saya perlu membuat pembayaran penuh?

Jumlah deposit adalah:

  • RM1000/seorang sebelum 90 hari penerbangan dan jika melebihi 90 hari sebelum tarikh penerbangan jemaah perlu membayar pembayaran penuh.
  • Bayaran penuh hendaklah dibuat 90 hari sebelum penerbangan.
  • Tertakluk kepada terma dan syarat.
Bolehkah seseorang yang mempunyai masalah kesihatan mendaftar umrah?

Sekiranya individu tersebut mempunyai sebarang penyakit kronik atau sedang menjalani rawatan dialisis, sila maklumkan kepada UGO.

Berapakah had umur untuk memasuki masjid?

Tiada had umur bagi pelancong yang mempunyai visa untuk solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Apakah penerbangan yang disediakan untuk pakej Umrah UGO

Ia akan menjadi penerbangan terus ke Jeddah atau Madinah dengan Malaysia Airlines, Saudia Airlines, Batik Air dan AirAsia bergatung kepada pakej yang ditawarkan.

Berapakah limit bagasi untuk setiap tetamu?

Semua syarikat penerbangan menyediakan elaun bagasi percuma, tetapi terma dan syarat mungkin berbeza, bergantung pada syarikat penerbangan atau pihak berkuasa lapangan terbang. Semua orang akan dimaklumkan tentang syarat-syarat sebelum penerbangan mereka dan adalah menjadi tanggungjawab tetamu untuk membayar lebihan caj bagasi.

 

Malaysia Airlines : 30 Kg x 1 bagasi + hand carry 7Kg

Saudi Airlines : 23 Kg x 1 bagasi + hand carry 7 Kg

Batik Air : 30Kg x 1 bagasi + hand carry 7Kg

Air Asia: 20 Kg x 1 bagasi + hand carry 7 Kg

Apakah makanan yang akan disediakan di Mekah dan Madinah?
  • Makanana pagi, tengah hari dan malam citarasa asia buffet (mengikut pakej yang ditawarkan) sama ada pagi sahaja atau makanan penuh.
Apakah jenis pengangkutan yang digunakan untuk perjalanan dan lawatan semasa umrah?

Kami menyediakan bas berhawa dingin untuk semua jemaah UGO di Mekah, Madinah dan Jeddah. Serta pengangkutan lain,mengikut jumlah kapasiti jemaah semasa.

Adakah harga, tarikh dan program tertakluk kepada perubahan?

Tarikh dan harga tertakluk kepada perubahan tetapi anda akan dimaklumkan tentang perubahan tersebut terlebih dahulu. Jadual perjalanan adalah tetap, bagaimanapun, hari lawatan mungkin berubah dalam keadaan tertentu (cuaca, dan lain-lain).

Siapa yang boleh saya hubungi untuk pertanyaan lanjut?

Anda boleh melayari laman web rasmi kami, media sosial atau pergi ke alamat kami.

Alamat UGO : No. 43-02, jalan TTDI grove 7/1, seksyen 9, Taman TTDI Grove 43000 Kajang selangor.

Hotline : 603-8740811

Whatsapp : 019-6462790

WhatsApp kami di sini...