TENTANG UGO

Selamat Datang ke UGO Travel & Tours

Menyantuni anda sebagai tetamu Allah SWT

UGO Travel & Tours adalah sebuah agensi pelancongan yang berdaftar, atas nama syarikat UGO Travel & Tours Sdn. Bhd. bernombor pendaftaran 202201019817 (1465514-D). Juga berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, (MOTAC) atas nombor pendaftaran KPK/LN: 10590.

Kami menjalankan perkhidmatan membawa, menguruskan & menawarkan khidmat fasiliti yang berkaitan dengan jemaah Umrah kami, serta khidmat pelancongan yang luar biasa ketika berada di dua tanah suci Haramain, iaitu Mekah & Madinah.

Harga Yang Kompetitif

Kami menawarkan pakej umrah dengan servis yang premium tapi pada harga yang berpatutan.

Destinasi yang ''rare''

Di samping menjalankan ibadah umrah, ada pelbagai tempat menarik yang boleh anda lihat.

khidmat Yang personal

Bagi kami, tiada soalan atau bimbingan yang remeh, anda akan dilayan dengan se-personal kami.

VISI

Untuk menjadi operator agen pelancongan Muslim terbaik di ASEAN dengan menyediakan perkhidmatan premium yang sesuai untuk semua golongan umur dan pendapatan.

MISI
  • Menyediakan perkhidmatan premium yang bernilai dengan harga yang kompetitif yang sesuai untuk semua golongan.
  • Penggunaan teknologi yang dapat memberikan pengalaman serta kepuasan kepada pelanggan.
  • Menjadi syarikat terbaik untuk bekerja, baik dalam etika Islam, bekerja sebagai satu pasukan besar seperti keluarga, dan juga menjadi penyumbang kepada masyarakat.

pengarah urusan

FARIS MOHD NAZRI,  Beliau menerima pendidikan awal di Malaysia dan meneruskan pengajian di institusi seperti Maa’had Tahfiz Al-Quran wal-Qiraat di Kelantan serta di Universiti Islam Madinah di Arab Saudi. Beliau kini sedang mengejar Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau dikenali atas penyertaan aktifnya dalam persatuan dan memiliki pengalaman dalam menganjurkan perjalanan Umrah, serta pernah menduduki pelbagai jawatan dalam sebuah syarikat Malaysia. Akhirnya, beliau menubuhkan syarikat sendiri iaitu UGO Travel & Tours Sdn Bhd. Pada awalnya, syarikat ini menawarkan pakej Umrah ‘Do It Yourself’ (DIY), tetapi kini telah berkembang untuk menyediakan perkhidmatan umrah yang komprehensif dan merancang untuk memperluaskan tawaran perkhidmatannya untuk merangkumi perjalanan dalam Malaysia dan ke negara-negara Eropah dengan sejarah Islam. Pengalaman pelbagai bidang telah menjadikannya fasih dalam Bahasa Arab dan berpengalaman dalam urusan awam, dengan latar belakang yang kukuh dalam aspek agama dan perniagaan.

WhatsApp kami di sini...