Pemilihan Pakej

  1. Pelanggan hendaklah memilih pakej yang ditawarkan oleh Syarikat berdasarkan terma dan syarat yang tertera di dalam pakej yang berkenaan.
  2. Syarikat berhak menolak, mengubah, meminda, memadam atau menambah terma dan syarat yang dinyatakan dalam pakej atau menarik balik promosi pakej pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
  3. Pemilihan pakej tidak boleh dibatal atau ditukar oleh Pelanggan melainkan berdasarkan terma dan syarat dalam Perkara 3.0 Pembatalan dan Pertukaran Pakej.

Pembatalan dan Pertukaran Pakej

  1. Pelanggan boleh membatalkan dan menukar pakej yang dipilih Pelanggan sebagaimana yang dipilih dalam Perkara 1.0 tertakluk kepada terma dan syarat dalam Perkara 3.0 ini.
  2. Sekiranya Pelanggan ingin membuat pembatalan, Pelanggan hendaklah secara bertulis melengkapkan borang permohonan pembatalan seterusnya mengemukakan kepada Syarikat dengan kadar segera.
  3. Sekiranya pembatalan tersebut dibuat dalam tempoh empat puluh lima (45) hari bekerja dan ke atas sebelum dari tarikh perjalanan dan apa-apa bayaran lagi belum dibuat oleh Syarikat kepada mana-mana pihak, maka Syarikat akan membuat pembayaran balik deposit perjalanan tersebut selepas tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh perjalanan tersebut dilaksanakan
  4. Sebarang pembatalan dalam tempoh empat puluh empat (44) hari bekerja sebelum tarikh perjalanan, maka Syarikat akan membuat pembayaran balik deposit perjalanan selepas tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh perjalanan tersebut dilaksanakan  tertakluk  kepada  sebarang  caj  pengurusan   operasi pembatalan sebagaimana Lampiran A, caj pembatalan tambang pelancongan sebagaimana dan pampasan sebagaimana Lampiran B (mana-mana yang berkenaan).
  5. Setelah pembatalan tersebut dibuat, Pelanggan hendaklah memulangkan semua peralatan yang telah diterima oleh Syarikat bagi tujuan perjalanan Syarikat boleh mengenakan pemotongan jumlah wang daripada deposit Pelanggan sekiranya Pelanggan gagal atau ingin terus memiliki peralatan- peralatan tersebut.
  6. Syarikat boleh membatalkan perjalanan sekiranya berlaku kes-kes yang di luar kawalan Syarikat seperti force majeure ataupun perkara yang menyebabkan perjalanan tersebut dibatalkan di luar bidang kuasa syarikat.
  7. Dalam apa jua keadaan sekalipun, Syarikat adalah berhak untuk membatalkan perjalanan tersebut tanpa sebarang alasan dengan syarat Syarikat hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada Pelanggan sekurang-kurangnya tidak kurang daripada empat puluh lapan (48) jam dari tarikh perjalanan.
  8. Dalam menguatkuasakan Perkara 3.7 di atas, Syarikat boleh mengesyorkan lawatan alternatif yang setaraf ke destinasi yang sama atau berbeza kepada Sekiranya Pelanggan tersebut memutuskan untuk tidak menerima cadangan lawatan alternatif tersebut, semua wang yang dibayar setelah menolak caj pengurusan akan dikembalikan kepada Pelanggan dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh perjalanan tersebut sepatutnya dilaksanakan.
  9. Sebarang penukaran pakej hasnya dibenarkan sekiranya pakej yang ditukar tersebut masih lagi kosong dan bagi tujuan penukaran pakej tersebut Pelanggan hendaklah membayar caj pengurusan tambahan bagi urusan penukaran pakej tersebut.
  10. Sebarang perubahan maklumat tempahan pakej adalah menerusi permohonan di mana Pelanggan perlu mengisi Borang Pertukaran Pakej. Perubahan pakej adalah dikira  secara  rasmi  apabila  Pelanggan  membayar  caj  pengurusan tambahan dan perubahan pakej tersebut disahkan oleh Syarikat.

Pemulangan Wang

  1. Sebarang pemulangan atau pengembalian wang sama ada daripada pembatalan oleh Pelanggan, pembatalan oleh Syarikat, seperti yang terkandung dalam perkara-perkara lain dalam terma dan syarat ini atau sebab-sebab lain yang munasabah adalah tertakluk kepada pemulangan wang daripada pihak ketiga.
  2. Tiada pemulangan atau pengembalian wang yang berhak diberikan kepada mana-mana Pelanggan berkenaan dengan tiket penerbangan, penginapan, makanan, lawatan bersiar-siar, pengangkutan atau perkhidmatan lain yang termasuk dalam pakej tetapi tidak digunakan oleh pelanggan.

Kos Tambahan

  • Pelanggan bersetuju bahawa kos-kos berikut adalah tidak termasuk dalam pakej perjalanan:-
    1. Pembayaran bagi mendapatkan visa selain daripada visa yang disediakan;
    2. Tiket penerbangan selain daripada tiket penerbangan yang disediakan;
    3. Pembayaran bagi muatan barangan yang berlebihan;
    4. Perbelanjaan ubat-ubatan, kos hospital, penggunaan kerusi roda atau pengusung;
    5. Kos rawatan dan ubat-ubatan di mana-mana hospital tempat perjalanan yang tidak dilindungi oleh Takaful dan lain-lain pakej yang disediakan oleh Syarikat;
    6. Perbelanjaan bagi aktiviti selain yang dinyatakan dalam atur cara oleh Syarikat;
    7. Perubahan kadar mata wang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api; dan
    8. Mana-mana perbelanjaan yang tidak dinyatakan secara langsung dalam terma dan syarat
    9. Kos-kos di atas adalah ditanggung oleh Pelanggan sendiri dan Pelanggan tidak boleh menuntut kos-kos tersebut daripada syarikat.

Keadaan Kesihatan

  1. Pelanggan hendaklah memaklumkan kepada Syarikat tentang keadaan sebenar kesihatan Pelanggan yang mana sekiranya ada Pelanggan yang tidak memaklumkan perkara tersebut, maka Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa komplikasi dan perkara-perkara melibatkan kesihatan Pelanggan berkenaan termasuklah kos dan perbelanjaan tambahan akibat daripada ketidakmakluman tersebut.
  2. Jaminan tambahan diperlukan daripada penjamin dari kalangan waris Pelanggan sekiranya Pelanggan menghidapi penyakit kritikal ataupun berstatus warga emas yang berisiko sebagaimana Lampiran D.
  3. Pelanggan adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengisytiharkan tahap kesihatan Pelanggan sebelum membuat pembayaran deposit. Syarikat berhak untuk menolak tempahan Pelanggan sekiranya tahap kesihatan Pelanggan didapati membahayakan kesihatan dan keselamatan diri sendiri atau mengurangkan keselesaan pelanggan lain dalam kumpulan perjalanan Pelanggan.
  4. Sekiranya Pelanggan memerlukan bantuan disebabkan oleh tahap kesihatan Pelanggan, Pelanggan diwajibkan membawa ahli keluarga lain dengan kos sendiri untuk membantu Pelanggan sepanjang perjalanan dan membawa sendiri peralatan bantuan seperti kerusi roda dan ubat-ubatan sendiri.
  5. Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menjaga Pelanggan secara peribadi atau memberikan ubat-ubatan sekiranya Pelanggan sakit. Sekiranya keadaan Pelanggan memerlukan penjagaan secara peribadi, Syarikat berhak mengenakan bayaran tambahan kepada Pelanggan bagi mengupah pihak ketiga untuk menjaga Pelanggan.

Dokumen Peribadi

  1. Maklumat peribadi Pelanggan hendaklah diserahkan ketika deposit dibayar kepada Syarikat.
  2. Pelanggan hendaklah menyerahkan dokumen yang berkenaan kepada Syarikat dalam tempoh empat belas (14) hari sebelum perjalanan dilaksanakan bagi tujuan urusan Syarikat.
  3. Setiap Pelanggan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa mereka mempunyai Pasport Antarabangsa yang masih boleh digunakan sekurang- kurangnya enam (6) bulan dari tarikh perjalanan.
  4. Segala dokumen untuk membuat visa dan tempahan tiket penerbangan (gambar dan pasport asal) serta buku suntikan (jika berkenaan) hendaklah diserahkan kepada Syarikat selewat-lewatnya enam puluh (60) hari sebelum tarikh penerbangan.
  5. Kelulusan visa adalah tertakluk kepada kelulusan kerajaan di mana perjalanan tersebut diadakan. Jika aplikasi visa atau permit keluar negara ditolak atau tidak diluluskan bagi sebarang sebab, pembayaran akan dikembalikan setelah ditolak caj pengurusan.
  6. Syarikat berhak untuk menuntut semua pembayaran daripada Pelanggan bagi pengurusan untuk mendapatkan visa yang dimohon oleh Pelanggan.
  7. Dokumen yang perlu disertakan bersama permohonan perjalanan ini adalah terkandung di dalam Lampiran E.
  8. Semasa penempahan pakej, semua butiran yang Pelanggan berikan kepada Syarikat adalah maklumat yang akan digunapakai oleh Syarikat bagi menyempurnakan pakej yang dilanggani.
  9. Pelanggan dikehendaki menyemak semua butiran atau maklumat peribadi sendiri sebelum membuat apa-apa bayaran dan sekiranya tiada pembetulan dibuat, semua maklumat yang diberikan adalah dianggap benar dan tepat.
  10. Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi sebarang kejadian atau masalah yang timbul akibat daripada kesilapan butiran atau maklumat peribadi yang Pelanggan berikan.
  11. Pelanggan dikehendaki menyemak maklumat mengenai pakej yang ditempah sebelum membuat pembayaran deposit termasuk tetapi tidak terhad kepada jenis pakej, tarikh penerbangan pergi dan balik dan waktu berlepas dan ketibaan, pakej yang dipilih termasuk hotel penginapan dan jenis bilik yang dipilih dan lain- lain maklumat yang tertera pada resit pembayaran dan atau surat pengesahan.
  12. Pelanggan adalah dianggap telah bersetuju dengan semua maklumat di dalam dokumen yang dikeluarkan Syarikat dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang risiko atau kos tambahan terhadap Pelanggan sekiranya Pelanggan gagal melaporkan sebarang kesilapan atau peninggalan berkenaan butiran Pelanggan dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dari tarikh dokumen tersebut dikeluarkan.

Pamatuhan Undang-Undang

  1. Pelanggan hendaklah mematuhi segala undang-undang, peraturan dan apa- apa yang berkaitan dengannya oleh Syariakat, mana-mana jabatan, agensi atau mana-mana kerajaan sama ada di Malaysia, di mana-mana negara destinasi perjalanan tersebut dituju atau mana-mana negara transit (jika berkenaan).
  2. Sekiranya Pelanggan tidak mematuhi undang-undang tersebut, Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kesalahan, perbuatan dan ketidakpatuhan undang-undang tersebut yang dilakukan oleh Pelanggan sepanjang bersama dengan Syarikat melalui perjalanan ini yang mana Pelanggan mengaku janji untuk menanggung rugi Syarikat berkenaan dengan perkara ini.
  3. Pelanggan tidak boleh melanggar undang-undang di mana-mana negara perjalanan tersebut diadakan dengan menetap di sana melebihi tempoh visa yang telah dikeluarkan kepada Pelanggan.
  4. Pelanggan juga hendaklah mematuhi peraturan, undang-undang yang berkaitan dengan penerbangan sama ada melalui mana-mana syarikat penerbangan di bawah kerajaan Malaysia ataupun mana-mana Syarikat di bawah mana-mana kerajaan.

Tanggungjawab Pelanggan

  1. Adalah menjadi tanggungjawab setiap Pelanggan untuk menyemak dan memastikan status kelayakan keluar negara sebelum berlepas dan memaklumkan kepada Syarikat dengan kadar segera. Syarikat tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian dan pembatalan pakej sekiranya Pelanggan berstatus senarai hitam dan disekat ke luar negara pada saat-saat akhir.
  2. Tiada pemulangan wang akan dibuat kepada Pelanggan sekiranya Pelanggan tidak mematuhi Perkara 1 di atas.
  3. Setiap Pelanggan yang mempunyai masalah kesihatan diwajibkan untuk melakukan deklarasi kesihatan dan memaklumkan kepada Syarikat secara bertulis.
  4. Adalah disarankan untuk Pelanggan yang mempunyai penyakit kronik mengambil perlindungan takaful tambahan dengan tanggungan sendiri.
  5. Semasa di destinasi perjalanan, Syarikat bertanggungjawab dalam penyediaan sajian makanan, hotel, dan keperluan mengikut pakej serta atur cara program yang telah disediakan.
  6. Syarikat berhak untuk menukar atur cara dan itinerari perjalanan, tempat penginapan, dan lain-lain tanpa sebarang notis kepada Pelanggan. Sekiranya perlu, Syarikat berhak untuk memberikan cadangan alternatif dan membatalkan acara rombongan sekiranya terpaksa demi kepentingan dan keselamatan Pelanggan.
  7. Harga pakej  adalah  tertakluk  kepada  kadar  tukaran  wang  asing,  caj  cukai semasa dan kenaikan harga tiket penerbangan semasa. Segala perubahan atau kenaikan harga pakej adalah di bawah tanggungjawab Pelanggan.
  8. Sekiranya terdapat aduan daripada mana-mana Pelanggan berkaitan rombongan, aduan tersebut hendaklah dibuat secara bertulis secepat mungkin untuk dilakukan siasatan oleh Syarikat untuk penambahbaikan.
  9. Sebarang lebihan timbangan berat bagasi adalah tanggungjawab Pelanggan itu Setiap Pelanggan hendaklah menguruskan bagasi masing-masing untuk pemeriksaan kastam dan pendaftaran masuk bagasi ke dalam pesawat.
  10. Sekiranya kehilangan bagasi atau barangan daripada pesawat, Pelanggan hendaklah membuat aduan terus kepada syarikat penerbangan kerana perkara tersebut   adalah   di   bawah   bidang   kuasa   dan   tanggungjawab syarikat penerbangan dan bukannya tanggungjawab Syarikat.
  11. Caj penghantaran atau pengeposan perlu ditanggung oleh Pelanggan yang tidak dapat mengambil set bagasi mereka secara walk-in di pejabat Syarikat (jika berkenaan).
  12. Pelanggan hendaklah membuat pendaftaran pra pelepasan dan deklarasi kesihatan sebelum berlepas dari lapangan terbang destinasi perjalanan yang dituju (jika berkenaan).
  13. Pelanggan hendaklah menghadiri kursus untuk menambah pengetahuan bagi penyempurnaan perjalanan dan ianya terpulang kepada budi bicara Pelanggan itu sendiri.
  14. Pelanggan wajib membaca dan memahami maklumat melalui aplikasi rasmi Syarikat seperti aplikasi kumpulan “WhatsApp” atau “Telegram” atau apa-apa medium komunikasi yang diguna oleh Syarikat dari semasa ke semasa.
  15. Sebarang kelewatan penerbangan disebabkan kecuaian Pelanggan, Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kos tambahan yang terlibat.

Tanggung Rugi

  1. Pelanggan hendaklah menanggung rugi Syarikat sekiranya Pelanggan memburukkan imej Syarikat dari segi perbuatan, percakapan dan tingkah laku bermula dari tarikh perjalanan bermula sehingga tamat perjalanan.
  2. Pelanggan hendaklah menanggung rugi Syarikat sekiranya Pelanggan telah melanggar mana-mana terma dan syarat ini yang menyebabkan Syarikat dikenakan apa-apa tindakan dan bayaran daripada mana-mana pihak atas pelanggaran Pelanggan tersebut.
  3. Selepas tamat perjalanan, Pelanggan hendaklah menanggung rugi Syarikat sekiranya Pelanggan memburukkan imej Syarikat melalui komen-komen negatif di mana-mana media, memberikan kenyataan palsu berkenaan dengan Syarikat, memfitnah Syarikat dan mana-mana kakitangannya berkenaan perjalanan pelanggan.

Penyelesaian Pertelingkahan

  1. Sekiranya terdapat pertelingkahan antara Pelanggan dan Syarikat tentang apa- apa perkara berkaitan dengan perjalanan, maka Pelanggan hendaklah membuat aduan rasmi kepada Syarikat melalui saluran yang diberikan oleh Syarikat.
  2. Syarikat hendaklah dalam masa empat belas (14) hari mengambil apa-apa tindakan yang wajar dan memberikan penjelasan kepada Pelanggan berkenaan dengan aduan yang diadu oleh Pelanggan terhadap Syarikat.
  3. Setelah tindakan (jika berkenaan) dan penjelasan dibuat oleh Syarikat, aduan Pelanggan tersebut dianggap telah diambil tindakan oleh Syarikat dan mana- mana pihak selepas daripada itu tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan kepada awam melalui mana-mana media sosial ataupun apa-apa media berkenaan dengan perkara tersebut.
  4. Sebarang penyelesaian yang dibuat dengan Syarikat dianggap maklumat rahsia antara Syarikat dan Pelanggan yang tidak boleh didedahkan oleh mana-mana pihak kepada sesiapa pun.
  5. Sekiranya maklumat rahsia tersebut tersebar, Pelanggan bertangungjawab sepenuhnya untuk menanggung rugi Syarikat dengan membayar tiga (3) kali ganda daripada jumlah harga penyelesaian yang telah dibayar oleh Syarikat kepada Pelanggan.

Kematian

  1. Perkara yang melibatkan kesihatan dan kematian dan apa-apa perkara yang berkaitan dengan Pelanggan hendaklah diuruskan oleh waris jemaah masing- masing tanpa dipertanggungjawabkan terhadap Syarikat tetapi Syarikat boleh untuk membantu proses ini dengan bayaran kos pengurusan yang tertentu.

Pengakuan Pelanggan

  1. Bahawa saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan segala terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat.
  2. Sekiranya pembatalan pakej dibuat tanpa sebab-sebab yang munasabah, semua bayaran yang telah dijelaskan yang merangkumi kos tempahan penginapan, pengurusan visa, tiket dan lain-lain kos pengurusan Syarikat, saya dengan ini bersetuju dikenakan sebarang caj pengurusan operasi pembatalan sebagaimana  Lampiran    A,  caj    pembatalan    tambang    pelancongan sebagaimana dan pampasan sebagaimana Lampiran B (mana-mana yang berkenaan).
  3. Bahawa saya bersetuju membayar muatan barang yang lebih had yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan. Syarikat tidak bertanggungjawab di atas lebihan caj tersebut.
  4. Bahawa saya bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan bayaran balik ke atas perkhidmatan yang disediakan seperti lawatan perjalanan, makan dan lain- lain sekiranya di atas pilihan atau kecuaian saya sendiri untuk tidak memanfaatkanya.
  5. Saya juga bersetuju untuk menanggung segala perbelanjaan sekiranya ada kos perkhidmatan atau aktiviti tambahan (sekiranya berminat untuk turut serta) atau lawatan tambahan di luar dari pakej yang disediakan.
  6. Sebarang perjanjian yang dibuat secara persendirian bersama kakitangan Syarikat serta lain-lain perkara yang tidak ditawarkan secara rasmi oleh Syarikat, adalah di atas tanggungjawab saya sendiri dan tiada sebarang tuntutan akan dilakukan terhadap Syarikat baik secara fizikal atau di mana-mana media.
  7. Bahawa saya bersetuju untuk membayar segala perbelanjaan tambahan sekiranya terpaksa menggunakan sebarang keperluan tambahan yang berbayar (kerusi roda, pengusung dan lain-lain) ketika pergi dah pulang ke Malaysia.
  8. Bahawa saya bersetuju, Syarikat hanya menyediakan perlindungan takaful berkelompok yang terhad hanya kepada manfaat kematian, keilatan kekal (had umur 50 tahun hingga 65 tahun) dan wad hospital serta bersetuju lain-lain perbelanjaan selain daripada manfaat perlindungan tersebut adalah di bawah tanggungan saya sendiri.
  9. Bahawa saya bersetuju dan berjanji tidak akan mengambil apa jua jenis dakwaan, tindakan, tuntutan atau pampasan ganti rugi ke atas perkara di luar jangkaan atau kawalan pengurusan Syarikat yang berlaku seperti yang terkandung dalam terma dan syarat ini yang dialami dalam masa perjalanan pergi dan balik sama ada melibatkan kecederaan tubuh badan atau harta benda saya.
  10. Saya juga bersetuju bahawa sebarang percanggahan maklumat akan dirujuk kepada terma dan syarat serta maklumat rasmi semasa yang dikeluarkan oleh Syarikat.
  11. Saya dengan ini membenarkan Syarikat menggunakan foto, rakaman video dan data saya untuk kegunaan pemasaran Syarikat tanpa sebarang bayaran dan tuntutan.

Tiket penerbangan

  1. Pakej Pelanggan adalah termasuk tiket penerbangan dari KLIA atau KLIA2 ke destinasi yang dituju sahaja tapi tidak termasuk tiket penerbangan domestik ke KLIA atau KLIA2.
  2. Walaupun surat pengesahan beserta jadual penerbangan Pelanggan dikeluarkan oleh Syarikat tetapi ianya masih tertakluk kepada pindaan oleh syarikat Oleh yang demikian, sekiranya berlaku sebarang perubahan atau pindaan jadual penerbangan, maka Syarikat adalah tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menanggung sebarang ganti rugi termasuk tapi tidak terhad kepada mengganti rugi bayaran tempahan tiket domestik hotel tambahan atau lain-lain kesusahan akibat dari perubahan dan pindaan jadual penerbangan tersebut.
  3. Syarikat juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan ganti rugi yang timbul akibat dari pertukaran perubahan dan pindaan jadual penerbangan tersebut.

Terma dan Syarat ini adalah Tambahan kepada Terma dan Syarat di dalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992

  1. Terma dan syarat yang termaktub dalam dokumen ini merupakan terma dan syarat yang mengikat Pelanggan dan syarikat.
  2. Terma dan syarat ini adalah tidak mengurangkan peruntukan Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 dan di mana terdapat sebarang percanggahan terma dan syarat di dalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 tersebut dengan terma syarat dalam dokumen ini, maka terma dan syarat dalam dokumen ini adalah mengatasi.
  3. Pelanggan yang bersetuju untuk melanggani pakej perjalanan Syarikat melalui dokumen ini adalah dianggap telah membaca dan bersetuju dengan semua terma dan syarat yang termaktub dalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992.
WhatsApp kami di sini...